Assalammualaikum,
Okay ni sambungan daripada post tadi. Kali ni, nak cakap pulak pasal cara-cara nak menangani. (mcm nak tulis esei je) Tapi tak semestinya apa yang aku bagi ni berkesan. Ini skadar cadangan.
Semestinya,
dekatkan lah diri dengan Tuhan. Bagi orang Islam, Allah. Korang mesti dah dengar banyak kali. Tapi ni peringatan bagi yang lupa (eh!). Kalau aku, aku suka
baca al-Quran. Bukan nak belagak ke apa tapi sebab bila baca al-Quran, kita rasa tenang. Rasa lagi nak mengenali Islam. Kalau ada tafsir lagi bagus. Ada satu hadis ni daripada Barra' dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Bukan itu je, bila kita baca al-Quran, kita dapat pahala. Martabat orang yang baca al-Quran pun lagi tinggi dari orang yang tak baca.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Kalau rasa-rasa tak rajin baca al-Quran,
puasa. Aku selalu dengar aku cakap, kalau laki tu gatal sangat, baik dia puasa. Bagi pendapat aku, maybe sebab bila kita puasa, kita kena tahan hawa nafsu. Kalau nak yang lebih lanjut,
sila klik di sini.
Kalau tu pun tak nak. Baca buku-buku agama. Aku suka buku Fatimah Syarha. Actually baru baca dua buku dia, tapi bagus la. Sebab buku dia banyak tekankan pasal cinta lepas kahwin. Contohnya,
pemilik cintaku, setelah Allah dan Rasul. Bila fikir-fikir balik, betul cakap buku ni, cinta lebih nikmat lepas kahwin. Kalau kita dah biasa bercinta dengan Pakwe/Makwe, bila dah kahwin tak ada rasa special. Lagipun, perkahwinan yang berlandaskan maksiat, tak berapa bagus. Contohnya, dah terlanjur baru nak kahwin. Perbuatan ni ada effect yang sangat besar. Especially kepada anak yang luar nikah. Ustaz aku kata, DNA anak luar nikah lain dari anak yang halal. (memang la semua DNA lain, tapi ada la perbezaan dia. aku pun tak tau) Anak yang luar nikah dia pendiam and pasif sikit dari anak halal. Kesian kat diorang, dah lah kena kutuk dengan masyarakat. Padahal bukan salah diorang pun. Ibubapa diorang yang buat benda-benda tu. Sebenarnya, bukan salah anak luar nikah, tapi salah penzina.
Okay dah lari topik. Selain tu, banyakkan hadir majlis-majlis ilmu. Dekat surau/masjid berdekatan ke, dengar kat TV. Kalau nak lagi senang, dengar dekat radio je. Banyak je ceramah-ceramah kat radio. Dekat youtube pun ada. Kalau korang rajin online FB/twitter/friendster/skype, kenapa korang tak rajin dengar ceramah kat YouTube?
Tapi kalau tak berkesan jugak, sampai cinta sangat-sangat sampai tak tahan.
Kahwin je la. Dah tak tahan sangat, takut nanti boleh dorong kepada zina, WAJIB KAHWIN ! (baru belajar) Lepas kahwin, korang boleh couple sesuka hati korang. Contohnya,
ni. Tapi korang rasa parents korang kasi ke ? Kalau kasi baguslah, tapi kalau tak kasi?
Berdoa je la yang korang ada jodoh dengan Pak/Makwe korang.
buat peringatan yang mudah lupa/ diriku.