Sunday, April 1, 2012

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'

Assalammualaikum,
Pada hari ini sebelum aku balik sekolah, aku nak minta maaf  dekat semua orang. Mungkin on the way, aku kembali ke padaNya. Waalahualam. Okay, aku nak minta maaf kepada kawan-kawan aku dan terutamanya cikgu-cikgu. Mungkin saya ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan cikgu ataupun saya bukanlah seperti yang cikgu harapkan.






Saya tak berniat pun nak menyakitkan hati cikgu. Kadang-kadang sindiran atau gurauan saya, terlepas batasnya. Ataupun penggunaan kata saya tak sesuai, sampai cikgu tersalah faham. Tetapi saya tak berniat pun menyakitkan hati cikgu, cuma kadang-kadang saya lupa dan terlebih-lebih. Kalau cikgu terasa saya minta maaf banyak-banyak. Tolong maafkan saya cikgu. Ilmu yang cikgu beri kepada saya, kalau cikgu tak menghalalkannya, saya yang akan rugi besar. Tolong halalkan ilmu yang cikgu beri kepada saya.

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'
Kalau saya boleh putar balik masa, saya akan buat apa yang patut.



Saya tak akan sentuh isu-isu yang menyakitkan hati cikgu.


  I WISH I COULD ERASE MY MISTAKE


Saya minta maaf sangat-sangat cikgu. Saya akan cuba untuk berubah, untuk menjadi seorang pelajar yang dapat mengharumkan nama baik sekolah. InsyaAllah. Dengan keberkatan cikgu, InsyaAllah saya akan berjaya. Bukan itu sahaja, mungkin satu batch saya juga akan berjaya. Maafkan kami cikgu, halalkan ilmu yang diberi cikgu.

TYPO.. MISS= MUST





p/s saya minta maaf juga sebab penggunaan BM saya tak berapa bagus.
p/p/s FB sangat berbahaya

 

No comments:

Post a Comment