Tuesday, March 13, 2012

ADA APA DENGAN CINTA? (PART 2)

Assalammualaikum,

Okay ni sambungan daripada post tadi. Kali ni, nak cakap pulak pasal cara-cara nak menangani. (mcm nak tulis esei je) Tapi tak semestinya apa yang aku bagi ni berkesan. Ini skadar cadangan.

Semestinya,dekatkan lah diri dengan Tuhan. Bagi orang Islam, Allah. Korang mesti dah dengar banyak kali. Tapi ni peringatan bagi yang lupa (eh!). Kalau aku, aku suka baca al-Quran. Bukan nak belagak ke apa tapi  sebab bila baca al-Quran, kita rasa tenang. Rasa lagi nak mengenali Islam. Kalau ada tafsir lagi bagus. Ada satu hadis ni daripada Barra' dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
 Bukan itu je, bila kita baca al-Quran, kita dapat pahala. Martabat orang yang baca al-Quran pun lagi tinggi dari orang yang tak baca.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

Kalau rasa-rasa tak rajin baca al-Quran, puasa. Aku selalu dengar aku cakap, kalau laki tu gatal sangat, baik dia puasa. Bagi pendapat aku, maybe sebab bila kita puasa, kita kena tahan hawa nafsu. Kalau nak yang lebih lanjut, sila klik di sini.

Kalau tu pun tak nak. Baca buku-buku agama. Aku suka buku Fatimah Syarha. Actually baru baca dua buku dia, tapi bagus la. Sebab buku dia banyak tekankan pasal cinta lepas kahwin. Contohnya,  pemilik cintaku, setelah Allah dan Rasul. Bila fikir-fikir balik, betul cakap buku ni, cinta lebih nikmat lepas kahwin. Kalau kita dah biasa bercinta dengan Pakwe/Makwe, bila dah kahwin tak ada rasa special. Lagipun, perkahwinan yang berlandaskan maksiat, tak berapa bagus. Contohnya, dah terlanjur baru nak kahwin. Perbuatan ni ada effect yang sangat besar. Especially kepada anak yang luar nikah. Ustaz aku kata, DNA anak luar nikah lain dari anak yang halal. (memang la semua DNA lain, tapi ada la perbezaan dia. aku pun tak tau) Anak yang luar nikah dia pendiam and pasif sikit dari anak halal. Kesian kat diorang, dah lah kena kutuk dengan masyarakat. Padahal bukan salah diorang pun. Ibubapa diorang yang buat benda-benda tu. Sebenarnya, bukan salah anak luar nikah, tapi salah penzina.

Okay dah lari topik. Selain tu, banyakkan hadir majlis-majlis ilmu. Dekat surau/masjid berdekatan ke, dengar kat TV. Kalau nak lagi senang, dengar dekat radio je. Banyak je ceramah-ceramah kat radio. Dekat youtube pun ada. Kalau korang rajin online FB/twitter/friendster/skype, kenapa korang tak rajin dengar ceramah kat YouTube?

Tapi kalau tak berkesan jugak, sampai cinta sangat-sangat sampai tak tahan. Kahwin je la. Dah tak tahan sangat, takut nanti boleh dorong kepada zina, WAJIB KAHWIN ! (baru belajar) Lepas kahwin, korang boleh couple sesuka hati korang. Contohnya, ni. Tapi korang rasa parents korang kasi ke ? Kalau kasi baguslah, tapi kalau tak kasi? Berdoa je la yang korang ada jodoh dengan Pak/Makwe korang.

buat peringatan yang mudah lupa/ diriku.

ADA APA DENGAN CINTA MONYET ?



Assalammualaikum.
Post kali ni, mungkin nak tulis pasal "cinta" alam remaja. Sebab tak tau nak tulis pasal apa. Sebab seperti yang kita tahu, kebelakangan ini remaja sangat kenal dengan istilah cinta.So hari ni nak sentuh sikit pasal cinta. Ni bukan nak mengaibkan, tapi buat pengajaran bagi semua. Kalau rasa bengang dengan post ni, tak payah baca la. Tapi siapa yang gigit cili, terasa pedasnya.

 Okay secara jujurnya, aku tak kisah pun kalau korang nak bercinta monyet ke, bercinta kuda ke, cinta apa-apa je la yang tiada ikatan sah. Ye la aku pun remaja. Aku paham yang korang baru nak mengenali cinta. Memang tak dinafikan semua orang mesti ada perasaan suka,cinta or even kasih sayang. Tapi cuba jangan terlalu menunjuk. Sampai kat Facebook/Twitter pun nak tulis pasal Si Pakwe/Makwe dia tu. Frankly speaking, tak ada sape pun nak tahu pasal relationship korang. Yang lagi tak boleh terima, ayat bukan main cweet-cweet lagi, tapi bila cakap dengan parents.. Waallahualam. (bukan semua tapi segelintir) Jangan lah hipokrit, munafik. Jangan la depan Pakwe/Make je baik, tapi parents korang yang penat-penat mengandungkan korang, yang jaga korang dari kecik, korang tak hormat pun. Meh tengok perbezaan penggunaan kata....

Pelik tak manusia?

  Tapi aku tak cakap la semua orang macam ni. Siapa yang hormat parents tu aku memang tabik la.

Korang pernah tak terfikir, mana datangnya duit yang korang guna untuk beli kredit semua tu? Duit hasil penat lelah ibubapa korang bekerja kan. Tak ada ke sedikit rasa malu ?? SMS pun nak guna duit parents. Kalau parents korang tahu, tak ke kecewa. Korang burn duit tu macam tu je. Yang kerja tu, bagus la guna duit sendiri. Tapi rasanya ada ke patut, penat-penat kerja, tapi guna duit tu untuk mesej. Lebih baik simpan, bayar yuran sekolah.

Yang aku tak berapa suka, bila korang manja-manja dengan Pakwe/Makwe. Kata korang sayang Pakwe/Makwe, tapi korang tak sedar yang korang sebenarnya bawak diorang lebih mendekati ke lorong zina. Kalau lah korang betul-betul sayang, mesti lah korang nak yang terbaik untuk diorang. Betapa indahnya kalau dapat masuk syurga sama-sama. Lagi indah bagi lelaki, kalau Makwe korang jadi bidadari korang. Bagi perempuan, pasti seronok jadi ketua bidadari Pakwe korang.

Apa yang paling buat aku marah, bila korang berpegang-pegang depan public pulak tu. Hari tu baru je aku nampak, dekat gerai makan. Ada sekelompok ni, berpakaian (telan air liur dulu) seksi gila yang tak senonoh la. Itu okay lagi, tapi yang peliknya, diorang bercium-cium. Haih.. manusia-manusia. (geleng-geleng) Boleh pulak korang pergi pegang bukan mahram korang yang tiada ikatan sah. “Bergerombolan dengan babi itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

Kalau rajin, baca lah artikel ni.

Selain tu, aku pantang bila tengok orang 'berdating' berpegang-pegangan. Ada beberapa orang bukan Islam pun pandang slack. Aku rasa sangat sangat sangat malu. Tak tau nak nyorok mana muka aku ni. Cuba bayangkan orang bukan Islam mempersoalkan agama kita orang. Diorang pun pelik tengok korang berdating. Ada yang kutuk agama kitaorang. Kata Islam ni tak reti menjaga batas. Walhal dalam al-Quran and hadis ada je. Kalau al-Quran, surah an-Nur, ayat 31. Kalau hadis,  
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Lagi terang lagi bersuluh. Islam dah menetapkan hukum-hukum. Kalau nak lebih lanjut, sila klik di sini,

Sampai situ je la kut. Aku cuma nak sebarkan je. Aku admit, aku bukan nya baik sangat. Tapi sekadar peringatan buat mereka yang lupa dan buat aku jugak. Manusia mudah lupa. Tapi wahai manusia, ingatlah. Kalau perempuan, korang tak rasa kesian dekat suami korang ke ? Suami korang mesti rasa sedih sebab isterinya telah disentuh orang lain sebelumnya. Yang lelaki pulak, kalau korang imbas balik 10 tahun akan datang, korang mesti menyesal. Korang nak ke anak perempuan korang dipermainkan oleh lelaki ?


Fikir-fikirkan, dan sebelum tu,
Kata-kata Ustaz Azhar Idrus :
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia. Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.Sebutir Kasih Sejuta Sayang. :)
Post ini bukan lah untuk menyentuh mana-mana pihak, tapi sekadar peringatan buat semua.

Monday, March 12, 2012

INSAN BERNAMA SAHABAT :')

Well, seperti yang kita tahu, tanggal 28.02.2011 aku dengan Lollipop pindah ke SABDA. Walaupun berat hati nak pergi, lagi berat bahu menanggung beban untuk menjadi seorang budak SBP yang dapat  membanggakan keluarga. Memang tak dapat dinafikan, mula-mula tak nak pergi SBP, tapi lama-lama hati tertarik dengan rakan-rakan baru dengan suasana yang baru. Tapi lama-lama kita semakin lupa. Lupa asal usul kita. In this case for me, SMK Tarcisian Convent.

Ye, semestinya kadang-kadang lupa cikgu-cikgu yang dikasihi. Lupa dulu yang cikgu suruh kelas buat Add Math kat astaka. Lupa yang cikgu surh stayback, praktis Choir. Lupa pulak yang cikgu suruh kelas aku bawak beg merata-rata, dari atas ke bawah, sebab tak ada kelas (floating class la katakan). Dan mungkin juga lupa yang cikgu telah banyak berjasa.

Tapi tak pernah sesekali lupa my sahabat.
  •  Ye la, tak kan la lupa yang kita orang pergi keindahan bersamamu sampai nangis-nangis sebab renung mata kawan.
  • Merepek la kalau kata yang aku lupa kita orang selalu pergi rumah 'Si W' untuk buat cupcake, cake and even nasi goreng yang tak ada rasa. 
  • Gila la kalau tak ingat yang kita orang tidur kat luar rumah sampai kena gigit banyak nyamuk, and bakar tempat parking kereta kononnya nak buat barbeque.
  • Memang minta nahas la kalau lupa yang kita orang pergi Yan, Kedah dengan kebenaran Puan Lim  Cikgu X, sampai kena marah sebab pergi on a school day.
  • Tak akan sesekali lupa yang aku dengan 'Si W' makan nasi ayam berkuahkan air gula.
  • Tak pernah lupa memories naik bas and pergi air terjun sama-sama.
And many more memories. Ye aku admit aku malas nak taip. SEBAB BANYAK SANGAT !!

Sebenarnya nak sampaikan kat sini. Sometimes aku dengan Lollipop nampak macam lupa persahabatan kita orang dengan 'Si W' dengan 'Si RF', tapi kenyataannya kita orang sentiasa ingat pasal 'Si W' dan 'Si RF'. Siap tampal gambar kita orang berempat siap simpan gambar kita orang berempat ()Si W, Si RF, Me and Lollipop) dalam loker.

Kita orang sangat sayang persahabatan kita berempat. Kalau ada masa lapang, sembang pasal kenangan yang lalu. Kadang-kadang sebak, rasa nak nangis. Mana taknya, kenal sejak sekolah agama and 'Si W' pulak aku kenal sejak reti merangkak. Tiba-tiba teringat dekat sekolah agama.
  • Time baca al-Quran, tak fokus pun, bersembang je. Bila sampai turn untuk baca, baru kelam kabut tanya orang depan dah sampai mana.
  • Lepas je kelas, especially waktu rehat, pergi main. Waktu rehat sentiasa diisi dengan permainan yang tak membosankan langsung. (Walaupun dah banyak kali main cop tiang, acik kejar, telur busuk. Siap buat game sendiri, Skunk !) 
  • Lepas tu naik van PCM (che.. nama kena dirahsiakan), mesti nak trip yang last sekali sebab nak main panjat pokok.
  • Kelam kabut pakai tudung, sebab kena marah dengan seorang makhluk Allah, sebab panjat pokok.
  • Kutuk "budak banyak award" dalam van.
  • Main belon air tu.
Banyak lah kenangan kita orang. Sampai tak terkata. Hanya Tuhan yang tahu.

So kita orang susun sepuluh jari, minta maaf kalau ada terlaku hati korang. Hati manusia susah nak jaga, tap kita kena ingat, yang manusia mudah lupa. Tapi seriously kita orang minta maaf sebab jarang call 'Si W' dan 'Si RF'. Bukan apa, tapi public phone selalu di-conquer oleh budak junior yang bermaharajalela ingat diorang je yang nak call. Dah lah lama, menjerit-jerit kat public pulak tu. Okay itu different story. And nak minta maaf sebab jarang lepak bergabung (gempak sikit bunyinya) during holidays. Maybe sebab kita orang kesuntukan masa dengan homework yang berpulun-pulun, or maybe sebab kita orang nak luangkan masa dengan family, or maybe sebab bila orang ni free, orang tu pulak tak free or orang tu free, tapi orang ni pulak tak free.

Memang susah, sumpah susah nak jaga hati insan bernama sahabat. Tapi kita orang cuba sedaya upaya. Maybe sebelum ni kita orang tak cukup bagus. So kita orang, Insyaallah akan try lebih untuk memenuhi cita rasa korang. 

Tapi jujur dari hati nurani, kita orang mintak maaf, sebab kita orang dah tak seperti dulu. Tapi orang kata, what doesn't kill you, only makes you stronger. So I think, what separates us, only makes us love each other more. Dan aku nak juga share kat sini yang

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....-IMAM AL GHAZALI-



Tengok betapa kita sayang korang. Gambar kita yang buruk pun kita post. :') 


Well itu je kut. I LOVE YOU !! (I may not show it, but I really mean it)


P/S Walaupun persahabatan kita dah semakin renggang, aku sentiasa mendoakan agar kita berempat jadi SAHABAT TILL JANNAH. Mestilah semua orang nak orang yang kita sayang masuk syurga sama-sama, baru boleh kata nikmat ukhwah yang kekal abadi.


P/P/S Moga kita berempat dapat 9A+, supaya dapat membanggakan keluarga, and to have a better future :)



Saturday, March 10, 2012

PEOPLE WHOM I CALL FRIENDS :)

There are Lollipop, Snow White, Tulang Rusuk, Popcorn, Ice Cream, Milo, and Snickers.

Lollipop the patient one, never complains. She listens to my rants. I may hurt her feelings but she hide her sadness behind her smile. I have so many things to tell her, but I didn't have the courage to tell her. Without my Lollipop, I would have no one to stick to.

Snow White, who treats me like a daughter, give advises that I could not live without. She would help me get through things which I would over think.(negative minded -.-) She's sometimes crazy, but sometimes she teaches me to remember Allah. She make me smile with her stories which light up my day.Without my Snow White, my life would not be a fairytale.

Tulang Rusuk, who is as childish as I am, never disappoint me. She makes me laugh with her jokes. She makes me stay up with her nescafe late night studies. Without my Tulang Rusuk, I would not have protection and my heart will shattered.

Popcorn, the ferocious one, is actually the nicest one. She listens to others when no one listens to her. She treats people equally and she has a heart of gold. I may not deserve her, but without my Popcorn, my life would not be surprising anymore, for there would be no one popping around.

Ice Cream, the fragile one, is the best resolution to a tired heart. She talks to me calmly and gently. She had nothing to complaint, and says nothing when I know she has a thousand things to say. Without my Ice Cream, my days would not be sweet.

Milo, the tiny and cutest one. You would not want to mess with her. When she asks to do something, especially if its my ibadah, I have to listen and do it ! (Badar :P) She knows what to say, and she means what she says. Without my Milo, I would not have my energy to go through the day.

Snickers, the weird one. JK. Actually is nice and caring. She tells everyone, they look beautiful even though I look like trash. She sees what is inside. Without my Snickers, I would not have someone to be nutty with.

YOU GUYS LIFT ME UP WHEN I'M ON THE GROUND. THANKS FOR BEING THERE. FRIENDS MAKE YOUR PROBLEM, THEIR PROBLEM.


SEKEPING EMAS

Kebelakangan ni aku sangat suka emas. Dekat meja ada sekeping emas, dekat no phone ade Aurum, dekat BLOG pun dah tukar !! Semua orang pelik, apa benda lah Nana ni, sekeping emas tak habis2... Well... Kalau nak tau, actually Nadrah translation-nya Sekeping Emas.. So mesti lah bangga dengan nama sendiri. Its gold !!
Even Cikgu Shahrul (my chemistry teacher) ada tayang satu video ni....


See... My name sangat famous.. And I have this crazy obsession of people calling me Aurum :)
Okay aku merapu.. tapi just nak highlight kat sini, I WANT TO SAY THANK YOU TO MY PARENTS FOR GIVING ME SUCH A WONDERFUL NAME :)

Nama tu kan doa, and Allah pernah berfirman,
 Firman Allah bermaksud: “Allah memiliki nama yang baik lagi indah, maka berdoalah dengannya.” (Surah al-A’raf, ayat 180)

p/s Liyana maksudnya lemah lembut, tapi aku ni tak ada la lembut mana.. memekak 24/7.

p/p/s Please call me by my full name  :)

p/p/p/s Sorry la blog ni tak best. Aku tak berbakat dan tak kreatif langsung.. Duhhh ~

Monday, November 21, 2011

WHEN I GROW UP !

Hari tu sembang dengan kawan. Aku tanyalah apa cita-cita dia. Dia kata, "Entah. Bila besar sure nak jadi kecik balik (kurus)".

Okay lupakan yang pasal kurus tu. Tapi betul la, mesti besar nanti nak jadi kecik balik. Bila lagi nak buat perangai macam budak-budak. Tak payah pikir pasal duit, semua parents yang buat. Pegi sekolah pun boleh enjoy (che, bukan nak study.)

TIBA-TIBA RINDU SABDA !!

  •  Nanti besar, mesti rindu, bangun awal-awal nak cop shower. (Eh ye ke ?!)

Toilet pukul 5.30 a.m.

  • Rindu sangat nak jaga inspection pagi. (Err... Krek krek)
  • Rindu Mak Cik guard. Setiap weekend dengar suara dia. 

Comel je Mak Cik guard. :)
  • Rindu perhimpunan dekat dataran yang kadang-kadang tak ada pengumuman pun.
  • Rindu perhimpunan rasmi dalam dewan yang berjam-jam tanpa kipas.

OKAY SEMUA TU TAK RINDU PUN. Tapi ada jugak yang rindu..
Calon-calonnya....

  •  Rindu Outing. Keluar dengan korang sangat best. Ye la, bila lagi nak keluar dengan budak Wilayah, Perak, Selangor, Sarawak (eh siapakah ?)

  • Rindu prep malam... Okay walaupun prep ni tujuan untuk study, tapi kiteorang tak study pun. Setiap malam mesti ada je programnya. Kelas 4AJZ la paling bising. Tapi... bila cikgu datang, che pura-pura belajar.
Prep


  •  Rindu dorm.. Okay walaupun jarang lepak dorm, tapi situ la tempat simpan barang, jaga inspection, dan di situ la tempat aku jumpa KD tersayang.. (cough..cough) 

  • Rindu riadah.. Walaupun orang lain tak suka riadah, tapi aku suka. (okay sometimes ada la tidur dalam surau atau tidur kat dorm tapi tu bila penat je.. )Ye la. Bila lagi nak ber-riadah ? Harapan la nak riadah kat rumah.

  • Rindu BP 17, 18, 29.. Sorry la kalau selalu tumpang katil korang.. Hehe.. Its not what, dah biasa sangat tidur dengan korang.

  • Rindu makan sama-sama dengan budak-budak aspuri. Tak kisah la maggi ke, pama ke, coklat ke, kuaci pun pernah. Sangat best, kongsi-kongsi makanan. Rasa macam kiteorang ONE BIG HAPPY FAMILY. :)
    Makanan aku jadi mangsa


    •  Rindu kelas 4 AJZ ! Korang bapak best la. Walaupun gila-gila, tapi baik hati. Kat kelas ni banyak jenis orang ada. 
    1. Yang alim ada. (BADAR)
    2. Yang nakal ada. (TAIKO TABLE termasuk lah f***y dgn b***t.)
    3. Yang rajin belajar ada (sorang je)
    4. Yang bising ada (aku la tu ada la sorang budak tu, tak tau anak sape.)
    5. Yang suka tidur ada.
    6. Yang ada cengkerang pun ada..

    Ada banyak lagi yang aku mesti rindu, tapi itu je yang aku ingat.. Nak, tak nak, mesti rindu SABDA jugak. Terima je la hakikat. I LOVE SABDA.. :')

      Saturday, November 19, 2011

      AZAM BARU !!

      Tak sangka dah abis form 4. Tahun depan SPM. XP

      So... Kena la ada azam untuk tahun depan. Antaranya :


      1. Saya nak jadi seorang muslimah solehah. 

      Hari tu kena marah dengan cikgu. Cikgu kata tudung pendek sangat. Siap kena panggil ke depan, depan orang ramai. Malu gila.. Nasib baik cikgu tak suruh buat demo ke apa ke.. Lepas ni nak beli tudung saiz XL.
      Dalam kelas pulak, nak kurang bercakap. (Shutting my mouth is hard! )

      KEMALUAN !!


      2. Nak jadi budak matang :D

      Orang selalu kata, "Nana, ko ni tak matang la".
      Tapi tahun depan, hehe.. Kita tengok siapa yang tak matang.



      TAK BOLEH JADI MACAM F***Y DAN F*A


      3. Nak jadi lemah lembut :P

      Datang sekolah SABDA, macam jadi lagi ganas je. So, nak transform jadi lemah lembut. Jalan perlahan. Cakap pun macam nak tak nak. Hehe..



      4. NO MORE TALKING ABOUT BOYS !!

      Kat sekolah, asyik-asyik cakap pasal laki. Penat la.. Diri sendiri tak terurus, nak cakap pasal orang lain.. Lepas ni, focus study je.. Huhu.. Senang sikit hidup.



      NO BOYS ALLOWED !!
       

      Amacam ??
      InsyaAllah semua ni dapat dilakukan.. hehe. :)