Friday, March 16, 2012

TANGGUNGJAWAB (Part 2)

Atas permintaan ramai. Aku nak tulis pasal tanggungjawab seorang anak murid, isteri dan pemimpin (khusus Ketua PSS)

Tanggungjawab anak murid, amat simple. Anak murid diklasifikasikan sebagai seorang yang masih belajar. So, semua orang merupakan anak murid sebab setiap hari kita menimba ilmu. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Antara tanggungjawabnya,
1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.
2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.
3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru.
4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan.
5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.
6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.
7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika itu.
8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

Tanggungjawab seorang isteri, 
1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.
Seorang isteri yang solehah, pasti melaksankan tanggungjawabnya. Sangat sweet bila tengok isteri yang solehah layan suami yang soleh. Dengan izin Allah, mereka akan bertemu kembali di syurga. Dan isteri akan menjadi ketua bidadari suami.

Tanggungjawab seorang ketua PSS,
1. Tak cepat marah dekat penolong.
2. Tak selalu mengarah penolong.
3. Bermusyawarah sebelum mengambil tindakan
4. Beritahu dulu kepada penolong sekiranya dia diberi tugasan memberi taklimat
5. Beritahu dulu kepada penolong sekiranya ada mesyuarat
6. Jangan marah penolong kalau penolong buat salah, dan nasihatnya. (rujuk tanggungjawab part 1)

 Itu je la kut. Malas nak taip panjang lebar. Peringatan buat yang lupa. 

2 comments: