Tuesday, March 13, 2012

ADA APA DENGAN CINTA MONYET ?



Assalammualaikum.
Post kali ni, mungkin nak tulis pasal "cinta" alam remaja. Sebab tak tau nak tulis pasal apa. Sebab seperti yang kita tahu, kebelakangan ini remaja sangat kenal dengan istilah cinta.So hari ni nak sentuh sikit pasal cinta. Ni bukan nak mengaibkan, tapi buat pengajaran bagi semua. Kalau rasa bengang dengan post ni, tak payah baca la. Tapi siapa yang gigit cili, terasa pedasnya.

 Okay secara jujurnya, aku tak kisah pun kalau korang nak bercinta monyet ke, bercinta kuda ke, cinta apa-apa je la yang tiada ikatan sah. Ye la aku pun remaja. Aku paham yang korang baru nak mengenali cinta. Memang tak dinafikan semua orang mesti ada perasaan suka,cinta or even kasih sayang. Tapi cuba jangan terlalu menunjuk. Sampai kat Facebook/Twitter pun nak tulis pasal Si Pakwe/Makwe dia tu. Frankly speaking, tak ada sape pun nak tahu pasal relationship korang. Yang lagi tak boleh terima, ayat bukan main cweet-cweet lagi, tapi bila cakap dengan parents.. Waallahualam. (bukan semua tapi segelintir) Jangan lah hipokrit, munafik. Jangan la depan Pakwe/Make je baik, tapi parents korang yang penat-penat mengandungkan korang, yang jaga korang dari kecik, korang tak hormat pun. Meh tengok perbezaan penggunaan kata....

Pelik tak manusia?

  Tapi aku tak cakap la semua orang macam ni. Siapa yang hormat parents tu aku memang tabik la.

Korang pernah tak terfikir, mana datangnya duit yang korang guna untuk beli kredit semua tu? Duit hasil penat lelah ibubapa korang bekerja kan. Tak ada ke sedikit rasa malu ?? SMS pun nak guna duit parents. Kalau parents korang tahu, tak ke kecewa. Korang burn duit tu macam tu je. Yang kerja tu, bagus la guna duit sendiri. Tapi rasanya ada ke patut, penat-penat kerja, tapi guna duit tu untuk mesej. Lebih baik simpan, bayar yuran sekolah.

Yang aku tak berapa suka, bila korang manja-manja dengan Pakwe/Makwe. Kata korang sayang Pakwe/Makwe, tapi korang tak sedar yang korang sebenarnya bawak diorang lebih mendekati ke lorong zina. Kalau lah korang betul-betul sayang, mesti lah korang nak yang terbaik untuk diorang. Betapa indahnya kalau dapat masuk syurga sama-sama. Lagi indah bagi lelaki, kalau Makwe korang jadi bidadari korang. Bagi perempuan, pasti seronok jadi ketua bidadari Pakwe korang.

Apa yang paling buat aku marah, bila korang berpegang-pegang depan public pulak tu. Hari tu baru je aku nampak, dekat gerai makan. Ada sekelompok ni, berpakaian (telan air liur dulu) seksi gila yang tak senonoh la. Itu okay lagi, tapi yang peliknya, diorang bercium-cium. Haih.. manusia-manusia. (geleng-geleng) Boleh pulak korang pergi pegang bukan mahram korang yang tiada ikatan sah. “Bergerombolan dengan babi itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

Kalau rajin, baca lah artikel ni.

Selain tu, aku pantang bila tengok orang 'berdating' berpegang-pegangan. Ada beberapa orang bukan Islam pun pandang slack. Aku rasa sangat sangat sangat malu. Tak tau nak nyorok mana muka aku ni. Cuba bayangkan orang bukan Islam mempersoalkan agama kita orang. Diorang pun pelik tengok korang berdating. Ada yang kutuk agama kitaorang. Kata Islam ni tak reti menjaga batas. Walhal dalam al-Quran and hadis ada je. Kalau al-Quran, surah an-Nur, ayat 31. Kalau hadis,  
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Lagi terang lagi bersuluh. Islam dah menetapkan hukum-hukum. Kalau nak lebih lanjut, sila klik di sini,

Sampai situ je la kut. Aku cuma nak sebarkan je. Aku admit, aku bukan nya baik sangat. Tapi sekadar peringatan buat mereka yang lupa dan buat aku jugak. Manusia mudah lupa. Tapi wahai manusia, ingatlah. Kalau perempuan, korang tak rasa kesian dekat suami korang ke ? Suami korang mesti rasa sedih sebab isterinya telah disentuh orang lain sebelumnya. Yang lelaki pulak, kalau korang imbas balik 10 tahun akan datang, korang mesti menyesal. Korang nak ke anak perempuan korang dipermainkan oleh lelaki ?


Fikir-fikirkan, dan sebelum tu,
Kata-kata Ustaz Azhar Idrus :
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia. Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.Sebutir Kasih Sejuta Sayang. :)
Post ini bukan lah untuk menyentuh mana-mana pihak, tapi sekadar peringatan buat semua.

1 comment: